10 Perkata Positif Tentang Muzik

Ini pendapat masing-masing. Ada juga yang kata muzik melalaikan. Itu salah lu sendiri lah, orang time nak kerja lu bantai dengar muzik apa cerita. Muzik dikatakan satu seni yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian.

Dah jadi industri macam-macam sekarang nih. Berapa lagu telah di dicipta, mahu juta-juta. Elemen, aliran muzik bukan satu dua jer sekarang nie. Rnb, pop, rock, pop etnik, jazz, dan macam-macam lagilah kalau nak sebut tak habis sampai pagi cerita nih. Di antara mitos, realti dan fantasi.

Melalui muzik juga terdapat koordinasi fizikal yang mampu berjalan dengan baik. Paling penting muzik juga mampu menghilangkan penyakit nyanyuk di usia senja. Ia berkaitan dengan kesihatan kitalah. Sejauh mana kebenaran dia?? Ayuh terus kepada point.

1. Meredakan kesihatan.

Muzik mempunyai manfaat besar dalam menyembuhkan penyakit. Muzik bekerja dengan sistem saraf yang kemudian secara automatik mampu meringankan rasa sakit yang kronik. Itulah sebabnya ada sesebuah hospital (swasta) menggunakan muzik sebagai terapi.

Kadang-kadang hospital pun satu dia guna lagu-lagu instrumental untuk kasi pesakit tuh rileks cool, takda takut-takut. Lagu ala-ala kenny g kan ada rasa tenang jer kan.

So tujuan dia adalah muzik berbentuk macam ini dia ada elemen yang membuat tubuh badan kita nih mengeluarkan zat endorfin untuk kasi neutral badan dari rasa sakit, kasi lambat degupan jantung dan juga menenangkan pernafasan.

2. Meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Tempo, intensiti muzik boleh mempengaruhi jantung. Muzik akan mampu meningkatkan danyutan jantung dan juga pernafasan. Dengan itu ia mampu meingkatkan kesihatan pembuluh darah dan sihatkan badan.

3. Meningkatkan kecerdasan.

Dari sudut kesihatan, muzik penting untuk meningkatkan kecerdasan. Muzik sangat penting untuk anak-anak dalam proses pembelajaran kerana ia meningkatkan fungsi otak dan meningkatkaan kemahiran visual serta verbal mereka.

Manakala bermain alat muzik pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kecerdasan IQ si anak.

4. Meningkatkan kesihatan otak.

Selain baik untuk perkembangan otak kanak-kanak, muzik juga dapat meningkatkan kesihatan otak untuk golongan tua macam aku nih. Haha.

Mendengar muzik, pada usia ini akan membantu menjaga otak supaya rasa tetap muda dan sihat. Mendengar muzik juga mampu berfungsi sebagai latihan untuk otak senitasa sihat, tenang dan mampu melatih daya imaginasi anda.

5. Menenangkan hati dan perasaan.

Adakah anda tahu bahawa ketika muzik yang sedap didengar oleh halwa telinga, otak akan melepaskan satu ketegangan suasana hati yang sedang kusut dan berserabut. Tapi kalau korang tengah frust, dengar lagu sedih memang tak jalan lah jawabnya. Lagi tambah derita.. Haha

6. Mengawal tekanan darah.

Mendengar muzik dengan irama yang lembut akan membantu pesakit darah tinggi mengawal tekanan darah mereka. Kajian yang dilakukan dari US menunjukkan bahawa hanya dengan mendengar muzik berirama klasik selama 30 minit sehari ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi secara ketara sekali.

7. Meningkatkan kualiti tidur.

Mendengar muzik membantu menenangkan fikiran dan jiwa dan boleh membantu anda agar tidur nyenyak. Muzik juga mempu meyembuhkan insomnia. Apabila anda mendapat tidur yang cukup sekaligus memberikan kesihatan yang semula jadi kepada otak, minda dan badan anda akan terasa sentiasa sihat dan segar bugar.

8. Menyokong pertumbuhan Janin.

Informasi berguna untuk ibu yang mengandung. Ibu hamil yang mendengar muzik mempunyai perkembangan janin yang positif. Bayi yang sejak kecil mendengar mnuzik akan mempunyai dan mengalami perkembangan intelektual dan linguistik sejak dari lahir.

9. Meningkatkan sistem ketahanan (imune) tubuh

Ketika mendengar muzik, tubuh akan menghasilkan hormon tertentu yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Dengan mendengar muzik selamat 50 minit boleh meningkatkan kadar antibodi badan dan dapat menurunkan tahap tekanan hormon kortisol.

10. Membuat anda bersemangat.

Banyak orang memilih mendengar muzik semasa bersenam. Ini disebabkan kerana muzik akan membuat mereka bersemangat, meningkatkan daya tahan dan mengalihkan perhatian anda dari segala bentuk ketidakselesaan.

Nah, percaya tak dalam sehari mesti korang mesti akan dengar lagu samada dari siaran radio, handphone, televisyen dan lain-lain. Itu menunjukkan betapa penting dan berleluasanya muzik dalam mewarnai tamadun manusia.

————–

Dipetik dari: https://zikrihusaini.com/10-perkara-positif-tentang-muzik/

Comments

0 Comments Write a comment

Leave a comment