Kepentingan Mendokumentasi Muzik

Di waktu awal menjadi seorang pemuzik, mungkin anda hanya cuma mahu membuat dan bermain muzik.

Walaubagaimanapun, ia adalah sangat penting untuk anda belajar mengenai cara mendokumentasi dan memelihara jejak perjalanan anda sebagai pemuzik.

Di zaman serba canggih ini, malahan lebih penting untuk mempunyai kesedaran tentang proses dokumentasi dimana ia akan membantu anda di masa hadapan.

Mengapa anda harus memelihara dan mendokumentasikan proses karya muzik anda?

Menurut Paul Augustin, pengasas Penang House of Music – sebuah institusi yang sangat dedikasi dalam memelihara karya muzik tanah air sejak bertahun-tahun – mendokumentasikan muzik dan proses kreatif mempunyai kelebihan di masa hadapan.

Mari kita semak apakah antara kelebihannya:

Barangkali kelebihan yang paling ketara adalah supaya anda mudah untuk merujuk karya muzik yang anda telah lakukan di masa lampau.

Dengan cara ini, anda boleh melihat perkembangan dari segi sejauh mana anda telah capai, dimana ia boleh menjadi sumber galakan untuk anda.

Anda juga boleh melihat aspek-aspek yang anda telah perbaiki dan aspek mana yang memerlukan anda untuk bekerja lebih lagi.

Bila anda memelihara sesuatu, anda sebenarnya belajar lebih banyak mengenainya, membuatkan anda mempunyai kefahaman yang lebih tinggi mengenai karya seni anda.

Juga, orang lain boleh belajar daripadanya di masa hadapan.

Mereka akan tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu menjejaki kesalahan yang sama seperti anda. Siapa tahu anda boleh membantu pemuzik generasi baru untuk mencapai impian mereka.

Anda mungkin seorang yang terkenal di masa hadapan! Jika ia berlaku, bahan yang anda pelihara boleh menjadi sangat berharga.

Bayangkan berapa banyak yang orang sanggup bayar untuk sebuah nota tulisan John Lennon sebagai contoh, sebelum dia menjadi terkenal.

Mendokumentasikan proses karya muzik anda boleh menjana keuntungan, seperti menjadi bahan untuk tulisan biografi atau pedoman untuk menjadi berjaya di dalam industri.

Dokumentasi pembikinan muzik bukan hanya mengenai memelihara sebuah objek mati, tetapi juga memelihara kisah hidup manusia dan memori yang indah disebalik muzik tersebut.

Bagaimana harus anda memelihara dan mendokumentasikan proses karya muzik anda?

Pada zaman dahulu, hanya kertas satu-satunya cara untuk mendokumentasikan kerjaya anda. Namun di zaman ini proses digitalisasi telah mengubah cara kita membuat pekerjaan.

Dokumentasi muzik tidak pernah menjadi satu hal yang mudah. Ramai pemuzik baru telah memuat-naik muzik mereka di laman sosial media.

Namun, adalah penting untuk sedar tentang beberapa perkara:

Sentiasa berjaga tentang jangka hayat atau batas waktu penyimpanan digital.

Jika dokumentasi muzik anda disimpan dalam komputer atau di dalam sebuah pemicu keras, anda mungkin berpotensi kehilangan data jika perkakas tersebut rosak atau hilang.

Perkakas sememangnya akan dimakan waktu.

Jika anda menyimpan salinan fizikal lirik lagu/ tulisan muzik, pastikan ia disimpan di tempat yang selamat untuk beberapa tahun mendatang.

Seperti yang dikatakan di atas, ia akan menjadi berharga bila anda menjadi terkenal.

Mencari inspirasi dan pembelajaran dari karya muzik yang terpelihara

Antara sebab mengapa Penang House of Music ditubuhkan adalah untuk menjadi sumber kepada pemuzik generasi baru mengakses dan belajar mengenai muzik di zaman sebelum mereka supaya boleh menjadi inspirasi.

Augustin berkata sedang berlangsung usaha untuk memasukkan karya muzik tanah air dari zaman dahulu ke dalam katalog dan mendigitalkan karya-karya tersebut.

Pemuzik dan pengkaji boleh melawat premis ini untuk mencuba alatan muzik tradisional, juga untuk mendapatkan bantuan jika maklumat khusus diperlukan.

Sebagai contoh, Augustin menyebut bahawa pernah ada pengkaji yang menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai bila seruling logam mula sampai ke Malaysia.

Augustin sangat bersemangat mengenai pemeliharaan kisah pemuzik tanah air di zaman dahulu dan sangat aktif ketika zaman itu.

Sebagai langkah mempromosi minat awam, Penang House of Music telah mengadakan pameran interaktif seperti stesyen rakaman dan alatan muzik tradisional yang boleh digunapakai.

Teknologi AR atau “augmented reality” juga digunakan di sesetengah pameran untuk membawa elemen muzik zaman dahulu masuk ke dalam dunia yang lebih moden.

Augustin telah berkata bahawa muzium tersebut bukan sahaja mengenai memelihara muzik tetapi juga mengenai memberi didikan kepada orang awam mengenai Malaysia dan pemuzik tanah air.

Augustin merasa kesal kerana banyak kisah atau cerita yang telah hilang ditelan zaman.

Pemuzik awal di tanah air yang sangat aktif di zaman selepas kemerdekaan tidak menyimpan dokumentasi karya muzik serta proses kreatif mereka dan ia sekarang menjadi cabaran buat Augustin dan rakan-rakannya untuk meneroka kembali dan merakam waktu itu.

Dia menggesa pemuzik baru untuk membuat usaha dalam memelihara karya muzik dan proses pembelajaran mereka.

Dia menekankan bahawa hal yang penting adalah untuk merakam emosi dan unsur kemanusiaan disebalik karya muzik.

———-

Dipetik dari: https://www.cendana.com.my/ace-hab/knowledge-resources/articles/kepentingan-mendokumentasi-muzik

Comments

0 Comments Write a comment

Leave a comment