Selamat Datang!

Tentang Kami

Bankmusic.com diwujudkan bukan untuk menjana untung besar atau menjanjikan kekayaan samada kepada pengoperasi website atau artis dan pencipta yang menjual muzik atau karya-karya mereka.

Seperti yang digambarkan melalui namanya – bunkmusic @ muzik bilik tidur – platform yang disediakan adalah untuk semua jenis penggiat dan peminat muzik. Boleh jadi yang profesional, part-timers atau sekadar untuk melayan minat.

Walaupun website ini menyediakan infrastruktur yang bersifat menjana pendapatan, kami tidak mengimpikan jumlah transaksi yang hebat sehingga mampu mempermewahkan sesiapa.

Kami lebih melihat website ini sebagai satu platform untuk mengumpul insan-insan serta peminat-peminat seni muzik sambil menyediakan platform untuk memperkenal dan berkongsi bakat serta karya mereka.

Kami berharap mereka akan meraikan serta memanfaatkan website ini untuk saling menyokong dan berkolaborasi sebagai usaha bersama bagi memeriahkan bidang serta industri yang kita sayangi.

Kita sedar bidang dan industri seni muzik sedang melalui suatu fasa transformasi yang sukar diramal arah tujunya. Namun apa yang jelas ia semakin terbuka dan semakin mudah disertai.

Sekarang, sesiapa saja boleh buat muzik dan lagu secara sendirian atau berkolaborasi. Begitu juga dalam hal penerbitannya. Ada bermacam platform dan setiap satunya boleh menjana crowd atau peminat sendiri.

Semoga Bunkmusic.com dapat membantu serta memudahkan bakat-bakat seni muzik mencapai apa saja tujuan mereka dalam bidang yang sudah tentu sangat dengan diri mereka.

Bunkmusic.com dimiliki dan diurus oleh Green Music Productions

Reg. No: 000011234-T

Sebarang pertanyaan,

mail

greenmusicmalaysia@gmail.com

pin

Bandar Seri Putra, Bangi, Kajang Selangor.

Buka 24 jam sehari

0

Search for products

Back to Top
Product has been added to your cart