Selamat Datang!
  1. Admin atau pihak yang mengoperasi website dengan nama domain, bunkmusic.com (selepas ini disebut sebagai Bunkmusic) boleh terima sesiapa sahaja samada individu atau kumpulan (selepas ini akan disebut Artis), yang buat atau rakam muzik sendiri atau ada hak yang sah terhadap sesuatu rakaman muzik (selepas ini akan disebut Muzik) untuk tersenarai sebagai Artis dan menyenaraikan Muziknya untuk dijual di platform jualan yang disediakan di sini.
  2. Artis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa atau mana-mana aspek yang melibatkan undang-undang hakcipta berkaitan muzik yang terpakai di negara ini atau mana-mana yang lain yang berkaitan. Bunkmusic hanya menyediakan platform pemasaran dan jualan untuk Artis dan Muzik dengan niat dan sangka baik terhadap Artis serta Muzik masing-masing dan tidak terlibat atau dilibatkan dalam apa-apa atau mana-mana pertikaian berkaitan hakcipta dan undang-undangnya yang mungkin berlaku di antara Artis, pembeli atau mana-mana pihak ketiga.
  3. Bunkmusic tidak menetapkan jenis atau jumlah peralatan atau jumlah track yang ditampilkan dalam mana-mana Muzik yang diminta untuk disenaraikan oleh mana-mana Artis di website ini. Bunkmusic juga tidak menetapkan durasi atau genre Muzik yang dimaksudkan. 
  4. Bunkmusic tidak menetapkan tahap kualiti atau standard tertentu untuk Muzik yang hendak disenaraikan samada dari aspek teknikal rakaman, kemampuan atau kemahiran pemuzik yang terlibat dalam rakaman, kualiti gubahan dan apa saja aspek lain yang berkaitan. Artis perlu ada kesedaran sendiri yang cukup untuk menilai samada Muzik yang dihasilkan sesuai untuk ditawarkan atau dijual kepada umum. Walaupun begitu Bunkmusic tetap berhak untuk menolak dari menyenaraikan  mana-mana Muzik jika ia merasa perlu bertindak sedemikian dalam apa juga keadaan.
  5. Bunkmusic tidak menetapkan bahawa seseorang Artis perlu ada kelayakan, pengalaman atau attribute tertentu untuk layak menjadi Artis di website ini. Asalkan dia dapat hasilkan Muzik yang dirasakan sesuai dan wajar untuk diketengahkan, Bunkmusic akan buka peluang.  
  6. Bagi karya Muzik yang layak dilindungi di bawah undang-undang hakcipta, misalnya Single atau apa-apa Muzik yang mengandungi melodi atau lagu di dalamnya – samada yang dimaksudkan itu disampaikan melalui vokal atau apa-apa alat muzik – Artis dinasihatkan supaya daftarkan dulu karya-karya yang bersifat seperti itu di MACP atau badan-badan berkaitan bagi melindungi karya tersebut dari terdedah kepada dicuri pihak-pihak yang mencari kesempatan sebelum ia disenaraikan di website ini.
  7. Bunkmusic tidak kenakan apa-apa yuran atau bayaran kepada mana-mana Artis yang mahu menyertai website ini. Penyertaan Artis dan penyenaraian di platform jualan Muzik adalah percuma. Artis yang berminat boleh hubungi Bunkmusic melalui aplikasi Whatsapp. Butang Whatsapp disediakan di akhir Terma & Syarat ini.
  8. Selain dari platform jual Muzik, Bunkmusic juga menyediakan laman profil individu kepada setiap Artis. Artis boleh kemukakan apa saja maklumat diri atau kumpulannya yang dirasakan sesuai untuk promosikan Muzik atau lain-lain kemahiran atau kemampuan atau perkhidmatan kepada pelawat. Artis bertanggungjawab untuk beri maklumat diri yang benar dan jujur untuk dipaparkan di laman profil masing-masing. Bunkmusic tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa masalah atau apa-apa kerugian yang berlaku ke atas mana-mana pihak kerana perbuatan Artis memberi maklumat salah, mengelirukan atau sengaja berniat-jahat atau sebaliknya.
  9. Artis boleh menetapkan terma dan syarat tertentu untuk mana-mana Muzik yang beliau senaraikan untuk jualan di website ini. Misalnya, terma dan syarat berkenaan lesen pengunaan Muzik dan sebagainya. Artis perlu sediakan klausa yang berkenaan untuk pihak Bunkmusic paparkan di laman jualan Muzik secara khusus.
  10. Bunkmusic tidak menetapkan harga untuk mana-mana Muzik yang disenaraikan. Harga Muzik yang dipaparkan di dalam platform jualan yang disediakan di sini ditetapkan oleh Artis mengikut kaedah penilaiannya sendiri.
  11. Bunkmusic mengenakan caj pengurusan sebanyak 20% (dua puluh peratus) dari harga jualan setiap Muzik yang berjaya dibeli kepada Artis.
  12. Berikut adalah aliran lengkap proses jualan Muzik yang dijual di website ini. Artis menghantar Muzik (fail .mp3 dan details tentang Muzik yang hendak dijual) kepada Bunkmusic –> Bunkmusic senaraikan Muzik di platform jualan (jika tidak ada apa-apa masalah) –> Pembeli beli dan buat pembayaran ke akaun bank Bunkmusic –> Bunkmusic beritahu Artis tentang pembelian dan serahkan detail pembeli –> Artis perlu hantar fail Muzik mengikut jenis serta kualiti yang dijanjikan kepada pembeli –> Pembeli sahkan terima fail Muzik yang sepatutnya dan puashati –> Bunkmusic bayar Artis jumlah nilai jualan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak 20%. 
  13. Dari Perkara 12 di atas, maka; pihak Bunkmusic tidak menyimpan fail Muzik berkualiti tinggi (fail Muzik yang diguna di laman jualan diterima pihak Bunkmusic melalui aplikasi Whatsapp – kualiti rendah). Fail berkualiti tinggi samada .mp3 atau. wave yang layak dihantar kepada pembeli hanya dipegang oleh Artis. Artis adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menghantar fail-fail Muzik kepada pembeli masing-masing. 
  14. Dari Perkara 12 di atas, maka; Artis mesti hantar fail Muzik yang dibeli kepada pembeli dalam tempoh 24 jam dari waktu pembayaran dibuat melalui saluran yang dipersetujui di antara pembeli dan Artis. Jika Artis gagal hantar dalam tempoh yang ditetapkan, pembeli ada pilihan untuk batalkan pembelian dan wang yang telah dibayar akan dikembalikan.
  15. Dari Perkara 12 di atas, maka; jika Artis telah hantar fail Muzik yang dibeli kepada pembeli dan pihak pembeli mengesah serta setujuterima kepada pihak Bunkmusic, maka jualan dianggap selesai dan jumlah bayaran yang berhak akan dilepaskan kepada Artis.
  16. Dari Perkara 12 di atas, maka; jika berlaku tidak puashati pembeli yang merasa Muzik yang dihantar Artis tidak sebagaimana yang dijanjikan, pembeli boleh buat aduan kepada Bunkmusic. Bunkmusic akan buat siasatan dan jika aduan itu benar dan Artis gagal buat pembetulan, maka pembelian boleh dibatalkan dan wang akan dikembalikan kepada pembeli.  Jika pihak Bunkmusic dapati aduan tidak berasas atau mungkin berpunca dari salahfaham atau salahkomunikasi semata-mata, pihak Bunkmusic akan serahkan kepada pihak Artis untuk buat keputusan samada nak teruskan dan muktamadkan jualan atau sebaliknya.
  17. Dari Perkara 12 di atas, maka; pembeli akan dapat direct access kepada Artis apabila dia buat urusniaga atau beli mana-mana Muzik oleh Artis yang berkenaan. Bunkmusic tidak terlibat atau tidak boleh dilibatkan dengan apa-apa urusan atau urusniaga (jika berlaku) di antara pihak pembeli dan pihak Artis, jika ia berlaku selepas urusan jual-beli Muzik yang disenaraikan di platform jualan website ini selesai.
  18. Bunkmusic tidak membenarkan hyperlink keluar ke mana-mana laman online milik Artis samada di laman profil mahupun di laman jualan. Bagaimanapun seperti yang dinyatakan dalam Perkara 17, pembeli akan dapat direct access kepada Artis apabila mereka beli Muzik. Oleh kerana itu, jika Artis ingin jual minus-one single dirinya sendiri atau single kumpulannya, jual juga single lagu itu supaya pelawat boleh dengar dan faham lagu yang lengkap. Cross-hyperlink di antara laman jualan single dan laman jualan minus-one single tersebut akan dipaparkan untuk mudahkan pelawat buat rujukan.
  19. Artis boleh minta Bunkmusic buat suntingan ke atas apa-apa fail atau maklumat yang terdapat di sesuatu laman jualan Muziknya. Ia juga termasuk menarik balik atau menamatkan jualan Muzik yang sedia ada. Tidak ada caj akan dikenakan untuk proses suntingan atau penamatan seperti itu.
  20. Jika anda artis atau pembuat Muzik, Bunkmusic amat mengalu-alukan anda. Jom join bunkmusic.com sekarang. 
0

Search for products

Back to Top
Product has been added to your cart